Terkini

Stadium "pink" kelainan itu sudah pasti menjadi tarikan kepada orang ramai

Jika menjadi kenyataan, Stadium Sultan Muhamad Ke IV yang dikatakan bakal dicat dengan warna merah jambu kemungkinan akan menjadi mercu tanda baru bagi Kelantan.

Stadium "pink", ilustrasi pelukis


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abd Fattah Mahmood berkata, kelainan itu sudah pasti menjadi tarikan kepada orang ramai tambahan lagi 2016 adalah Tahun Melawat Kelantan.

Beliau berkata cadangan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Vida adalah amat baik dan sudah pasti tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negeri.

“Untuk bahagian dalaman stadium InsyaAllah tidak ada masalah kerana saya sudah mendapat persetujuan daripada Menteri Besar yang juga Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (PMB) di mana Perbadanan Stadium Kelantan adalah tertakluk di bawah bidang kuasanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abd Fattah Mahmood berkata, kelainan itu sudah pasti menjadi tarikan kepada orang ramai tambahan lagi 2016 adalah Tahun Melawat Kelantan
“Seperti mana yang saya beritahu sebelum ini, kos RM60,000 sebelum ini adalah untuk perbaiki trek baru. Untuk bahagian lain termasuk mengecat kita masih belum dapat mengetahui jumlah keseluruhan,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Beliau berkata pihak Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (Kafa) ada menghubungi kerajaan negeri sebelum ini dan kita sendiri berharap dapat melakukan perjumpaan dengan Kafa dalam tempoh terdekat.

“Untuk keseluruhan kita boleh bincang dan kita hendak tahu apa yang boleh dibincangkan. Seperti mana yang diketahui Datuk Seri Vida (Dr Hasmiza Othman) mengatakan bakal berbelanja RM1 juta untuk kosnya.

“InsyaAllah semuanya akan kita bincangkan. Cadangan merah jambu memang menarik dan sekiranya ditambah dengan putih (seperti mana yang diposkan oleh Datuk Seri Vida dalam facebooknya) memang amat menarik,” katanya.

Jelasnya, apa yang kerajaan negeri mahu lakukan adalah supaya 2016 menjadi tahun kebangkitan The Red Warriors (TRW) selepas mengalami kejatuhan pada 2015.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada pasukan bolasepak negeri dan sekiranya ada pihak mahu membantu ianya amat dialu-alukan,” katanya yang mengakui belum menerima apa-apa maklumat daripada Datuk Seri Vida.



sumber-therakyatpost

No comments