Terkini

Popular menerusi single Terlalu Rindu, Eleena akui perlu ada keunikan tersendiri

Eleena yang dicungkil bakatnya oleh DJ Fuzz memberitahu, persembahan pentasnya sedikit berbeza berbanding penyanyi-penyanyi lain.

Popular menerusi single Terlalu Rindu, Eleena akui perlu ada keunikan tersendiri

Senario seseorang penyanyi itu membawa gitar bersama untuk menjayakan persembahan adalah situasi yang sering kali dilihat.

Eleena juga akan membawa gitar ketika mempersembahkan lagunya, cuma caranya agak unik.

“Kalau penyanyi lain, mereka sekadar memetik gitar sambil menyanyikan lagu mereka. Berbeza pula dengan saya, selain memetik, saya juga menghasilkan bunyi melalui ketukan di ‘badan’ gitar itu.



 “Teknik ini adalah ilham sendiri memandangkan selama ini gitar dipandang hanya sebagai sebuah alat muzik yang bergantung terhadap penghasilan bunyi petikan talinya.

Jadi, untuk menampilkan keunikan, saya cuba hasilkan dua bunyi berbeza daripada sebuah instrumen. Di situ bezanya,” terangnya. Sehingga ke hari ini, Eleena terus meningkatkan kemahirannya bermain gitar dengan mempelajarinya menerusi YouTube.

Popular menerusi single Terlalu Rindu, Eleena akui perlu ada keunikan tersendiri

“Setiap hari jika ada kelapangan, saya akan buka YouTube dan melihat teknik pemain-pemain gitar profesional memainkan alat muzik tersebut. Walaupun secara mata kasar cara mereka nampak seperti sama sahaja, sebenarnya jika diperhatikan betul-betul, masing-masing ada kelainan terutama menerusi petikan jari mereka.

“Bermain gitar bukan sekadar memetik mengikut kord, tetapi cara petikan itu juga mampu menghasilkan bunyi yang berbeza dan unik. Itu yang saya sedang pertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya yang bernaung di bawah label Mixology Music.

Popular menerusi single Terlalu Rindu, Eleena akui perlu ada keunikan tersendiri

Dalam perkembangan terkini, karya ciptaan Eleena bakal dirakamkan oleh penyanyi Tasha Manshahar, dan Wannie Kayrie selain mempunyai sebuah single baharu nyanyiannya berjudul Hanya Dirimu, duet bersama Mark Adam

No comments