Terkini

Wanita nyaris maut akibat "disembelih" oleh pekerja sendiri disebuah restoran

Ipoh: Menceritakan detik cemas itu, saksi kejadian yang juga adik ipar mangsa, Hassanuddin Omar, 41, berkata, ketika kejadian, dia bersama bapa dan kakak iparnya berada di restoran dan sibuk melayan kira-kira 10 pelanggan manakala lelaki berkenaan turut membantu di restoran.

Wanita nyaris maut akibat "disembelih" oleh pekerja sendiri disebuah restoran
Fatma Begum, 45 cedera dileher akibat dikelar oleh pekerjanya sendiri

Wanita tersebut parah selepas ‘disembelih’ oleh lelaki dikenalinya dengan pisau pemotong sayur ketika mangsa sedang membancuh minuman di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Bijeh Timah, Pekan Lama di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa Fatma Begum, 45, yang juga isteri kepada pemilik restoran Omar Nasi Kandar dikelar di leher dari bawah telinga kanan hingga telinga kiri menyebabkan mangsa mengalami pendarahan teruk dan terpaksa menjalani pembedahan segera.

“Dia (lelaki itu) datang ke restoran pada jam 7.30 pagi sebelum menawarkan diri untuk membantu dan kami membenarkannya kerana memang kekurangan pekerja.

“Pada awalnya, lelaki itu melakukan kerja seperti memotong sayur dan membasuh pinggan dengan baik namun pada tengah hari, tiba-tiba dia dipercayai mengambil pisau dan terus menutup mulut kakak ipar saya sebelum ‘menyembelihnya’ yang sedang membancuh minuman pelanggan,” katanya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.




sumber-themalaysianpost.com

No comments