Pelik? kisah seorang gadis cantik yang akan pengsan bila makan sandwic
SEORANG wanita berusia 20 tahun terpaksa menderita seumur hidupnya apabila dia dilarang untuk mengambil makanan berasaskan karbohidrat dalam diet hariannya.
Ini kerana, makanan berasaskan karbohidrat dikatakan boleh membuatkan gadis tersebut berasa lemah secara tiba-tiba.
Lebih memeranjatkan apabila kandungan karbohidrat yang terdapat di dalam mana-mana makanan juga boleh menyebabkan Tayla-Jaye Gregory pengsan secara tiba-tiba.
Keadaan yang dialami oleh Gregory itu menyebabkan dia terpaksa ‘berpantang’ daripada mengambil makanan berasaskan karbohidrat sejak dua tahun lalu.
Ini ekoran daripada penyakit sindrom postur tachycardia yang dialaminya. Sindrom yang jarang berlaku itu menyebabkan individu pengsan secara tiba-tiba kerana pengambilan karbohidrat secara berlebihan.
Menurut wanita itu, dia dikesan menghidap penyakit tersebut ketika berusia 13 tahun. Bagaimanapun, pada waktu itu, keadaannya masih lagi terkawal dan tidak pernah pengsan.
“Ketika saya berusia 18 tahun, penyakit ini mula menjadi kronik sehingga saya sering pengsan secara tiba-tiba.
“Masih segar dalam ingatan, insiden pertama yang berlaku ketika sedang membuat persembahan di atas pentas sekolah. Secara tiba-tiba, saya pengsan dan tidak sedarkan diri di hadapan orang ramai.
“Keadaan yang pada mulanya ceria bertukar cemas apabila mereka melihat saya pengsan secara tiba-tiba. Ramai yang beranggapan saya terlalu penat menyiapkan diri untuk persembahan tersebut,” jelasnya.
Ujarnya lagi, dia tidak menyangka diet hariannya yang dipenuhi dengan sandwic akhirnya mengheretnya kepada satu penyakit ganjil.
“Kini saya terpaksa hidup berjaga-jaga dan dilarang untuk mengambil makanan berasaskan karbohidrat walaupun sepotong sandwic.
“Walau dengan sekali gigitan sahaja, saya boleh pengsan secara tiba-tiba, malah penglihatan saya juga akan menjadi kabur selain kepala mula menjadi pening sepanjang hari,” jelasnya.
Menurutnya, penyakit yang dialaminya itu juga kadang-kala menyebabkan dia pengsan lebih tiga kali dalam sehari.
Bagaimanapun ujar wanita ini, disebabkan perasaan teringin, dia kadang-kala melanggar ‘pantang’ tersebut dan mengambil makanan berasaskan karbohidrat.
Kesan daripada kedegilannya itu menyebabkan dia pengsan dan sering jatuh tanpa mengira waktu sehingga ke hari ini.
Menurut Gregory lagi, disebabkan sering jatuh pengsan secara tiba-tiba, dia mempunyai banyak kesan lebam dan benjol pada bahagian badan.
“Kaki saya pernah dijahit dengan 19 jahitan akibat tertusuk kaca ketika terjatuh setelah tidak sedarkan diri.
“Bagaimanapun, saya sedar semua itu terjadi atas kesilapan saya sendiri kerana masih mengambil makanan berasaskan karbohidrat biarpun ia mengundang bahaya,” ceritanya.
sumber-kosmo.com.my
Tayla-Jaye Gregory akan pengsan secara tiba-tiba bila mengambil makanan yang berkarbohidrat |

No comments
Post a Comment