Terkini

Penjualan ‘air al-Quran’, (JAWI) kaji dulu kerana ia membabitkan hukum agama

Kuala Lumpur: Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Paimuzi Yahya berkata, pihaknya belum menetapkan keputusan mengenai pengeluaran dan penjualan air al-Quran di kawasan pentadbirannya.

Penjualan ‘air al-Quran’, (JAWI) kaji dulu kerana ia membabitkan hukum agama
Anatara air al-quran yang ada di pasaran

Keputusan melarang atau sebaliknya penjualan ‘air al-Quran’ perlu dikaji lebih mendalam bersama ahli majlis fatwa dan mufti kerana ia membabitkan hukum agama.

“Apabila membabitkan agama, ia secara tidak langsung berkait dengan hukum dan JAWI tidak boleh membuat keputusan sebelah pihak saja.

“Selepas mendapat pandangan hukum daripada semua pihak, baru kita boleh mengambil untuk melarang penjualannya atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Tinjauan Metro Ahad mendapati beberapa syarikat terkenal memasarkan air berkenaan pada harga antara RM4 hingga RM15 mengikut saiz dan jenis botol.

Pekerja sendiri Johari Yahya, 63, berkata, kebergantungan terhadap air al-Quran dikhuatiri menyebabkan akidah seseorang terpesong apabila dia meletakkan sepenuhnya kepercayaan dengan ‘keajaiban’ air itu.

“Bagi saya, lebih baik diri sendiri yang meningkatkan amalan membaca al-Quran kerana ia dapat membantu meningkatkan kepercayaan dan keyakinan kepada Allah SWT.

“Apabila kita sendiri membaca kitab suci dengan penuh penghayatan, kemudian berdoa memohon pertolongan daripada-Nya, sekali gus boleh mendekatkan diri dengan Pencipta,” katanya.

Peniaga Dalina Daud, 41, berkata, tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Pahang sangat wajar kerana penjualan air atau kismis yang dibaca ayat al-Quran sangat berleluasa.

“Walaupun wujud penjualan air yang diyakini dari segi pembungkusannya, namun kita perlu berwaspada kerana tidak pasti sama ada air itu dikendalikan mengikut cara Islam atau sebaliknya.

“Pada awal air itu dibaca dengan ayat suci, ia mungkin dijaga dengan baik tapi tidak mustahil air itu dilangkah sepanjang proses penghantaran kepada peniaga,” katanya.





sumber-hmetro.com.my

No comments