Aktress Jelita Rita Rudaini Tidak Menutup Pintu Hatinya Untuk Kahwin Lagi
PERNAH gagal dalam dua perkahwinannya terdahulu, membuatkan hati aktres jelita Rita Rudaini serik dan tertutup untuk berkahwin.
Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata akui sebagai hamba Allah, dia tidak boleh menolak takdir sekiranya dia akan berkahwin lagi.
“Bagaimanapun jika ALLAH sudah takdirkan saya akan berkahwin lagi, saya akan terimanya asalkan lelaki itu boleh terima saya dan anak-anak.
“Yang penting juga lelaki itu boleh menyayangi anak-anak saya lebih daripada dirinya dan dapat membimbing kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Rita mendedahkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 6; pernah meminta dirinya untuk berkahwin lagi.
Menurut Rita, dia tidak menyangka anaknya akan bercakap sedemikian dan dalam masa yang sama berasa sebak dengan permintaan itu
“Dia pernah suruh saya cari ayah baru untuk dapat adik baru. Saya terkejut apabila dengar dia cakap begitu.
“Dalam masa sama saya rasa sebak, saya tidak tahu apa dia rasa sehingga mengeluarkan soalan sedemikian.
“Mungkin dia melihat rakan-rakan di sekolah ada ayah dan ingin merasai kasih sayang seorang ayah seperti orang lain.
“Saya bukan ibu yang kejam, tidak memikirkan masa depan mereka, tetapi hati saya kini masih belum sedia menerima sesiapa,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Rita baharu sahaja melancarkan produk minyak wangi terbaharunya, Adorable by Rita Rudaini.
– MYNEWSHUB.CC
Aktress Jelita Rita Rudaini Tidak Menutup Pintu Hatinya Untuk Kahwin Lagi |
Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata akui sebagai hamba Allah, dia tidak boleh menolak takdir sekiranya dia akan berkahwin lagi.
“Bagaimanapun jika ALLAH sudah takdirkan saya akan berkahwin lagi, saya akan terimanya asalkan lelaki itu boleh terima saya dan anak-anak.
“Yang penting juga lelaki itu boleh menyayangi anak-anak saya lebih daripada dirinya dan dapat membimbing kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Rita mendedahkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 6; pernah meminta dirinya untuk berkahwin lagi.
Airit Rayyan Rizqin |
“Dia pernah suruh saya cari ayah baru untuk dapat adik baru. Saya terkejut apabila dengar dia cakap begitu.
“Dalam masa sama saya rasa sebak, saya tidak tahu apa dia rasa sehingga mengeluarkan soalan sedemikian.
“Mungkin dia melihat rakan-rakan di sekolah ada ayah dan ingin merasai kasih sayang seorang ayah seperti orang lain.
“Saya bukan ibu yang kejam, tidak memikirkan masa depan mereka, tetapi hati saya kini masih belum sedia menerima sesiapa,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Rita baharu sahaja melancarkan produk minyak wangi terbaharunya, Adorable by Rita Rudaini.
– MYNEWSHUB.CC
No comments
Post a Comment